From ; A KADIR JASIN blog
Tuesday, November 18, 2008
Melayu bertolak ansur atau lumpuh
From ; A KADIR JASIN blog
Monday, November 17, 2008
Belajar dari sejarah
Mudejar dikatakan berasal dari perkataan mudajjan,yakni orang yang dijinakkan (untuk berada di bawah naungan kerajaan Kristian Sepanyol)tetapi ada yang mengatakan bahawa ia dari perkataan mudajjal.Maknanya, faham-faham sendirilah.Tidak kurang juga di antara mereka putera-putera raja Muslim Sepanyol yang mengira-ngira untuk mendapat laba dari tuan Kristian Sepanyol mereka samada menjadi menteri ataupun upah khianat mereka.Mereka ini juga menjadi dajjal di sebalik runtuhnya Kota Granada.
Tuesday, November 11, 2008
Subang 2,000 tahun ditemui

BAITULMAQDIS - Pakar arkeologi berjaya menemui sebentuk subang emas yang bertatahkan mutiara serta batu berharga berusia 2,000 tahun di timur Baitulmaqdis, kata Lembaga Antikuiti Israel semalam.Subang itu dibuat daripada satu gelung emas dan ia dipercayai berasal dari zaman Rom.Mutiara itu terletak pada bahagian tengah subang dengan dua loket sepadan yang masing-masing bertatahkan zamrud serta mutiara.Barangan kemas yang jarang ditemui itu berjaya dikeluarkan ketika proses penggalian runtuhan bangunan daripada zaman Byzantine yang terletak beberapa ratus meter dari Bandar Purba Baitulmaqdis di Palestin."Anting-anting ini disimpan dengan baik sehingga ia kelihatan baru keluar dari kedai," kata dua pengarah penggalian, Doron Ben-Ami dan Yana Tchekhanovets dalam satu kenyataan."Barangan kemas yang bertatahkan batu berharga dan mutiara digunakan secara meluas ketika era empayar Rom yang turut menguasai Britain pada ketika itu," kata mereka. - AFP